Syarat dan rukun sembahyang
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat iu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:
1. Orang Islam
2. Menghadap arah kiblat
3. Suci dari haidh, nifas / junub
4. Akil baligh
5. Berakal
6. Melihat atau mendengar
7. Jaga (tidak tidur)
8. Sudah masuk waktu sembahyang
Syarat sah sembahyang
Antaranya:
1. Sudah masuk waktu sembahyang\
2. Menghadap ke arah kiblat
3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya)
4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis
5. Menutup aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.
Rukun sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang:
1. Berdiri betul, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring
2. Niat, dilafazkan sewaktu mengangkat yakbiratul ihram
3. Takbiratul ihram, mengucapkan perkataan Allahu akbar
4. Membaca surah Al-Fatihah, bermula dengan bacaan Bismillah.. hinggalah waladhallin
5. Rukuk dengan thumanikninah, membongkok 90 darjah
6. Iktidal dengan thumakninah, berdiri betul selepas rukuk
7. Sujud dua kali dengan thumakninah, membingkik duduk sebentar selepas sujud yang pertama
8. Duduk antara dua sujud dengan thumakninah, duduk sebentar selepas sujud yang pertama
9. Duduk bagi tahiyyat akhir
10. Membaca tahiyyat akhir
11. Membaca selawat, membaca selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw
12. Memberi salam, memalingkan muka ke arah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam
13. Tertib, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat
(*Thukmaninah- berhenti seketika dalam waktu lebih lama)
Perkara yang membatalkan sembahyang
Ertinya tidak sah sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:
1. Batal wuduk
2. Terbuka aurat
3. Melangkah, tiga langkah berturut-turut
4. Terdapat najis di badan, pakaian aau tempat sembahyang
5. Tertawa terbahak-bahak
6. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja
7. Berubah niat
8. Mendahului imam sampai dua rukun
9. Meninggalkan rukun sembahyang
#
Cara sembahyang yang betul adalah penting bagi memastikan ibadah solat kita diterima oleh Allah. Oleh yang demikian, kami menyediakan panduan ringkas tentang cara-cara mengerjakan solat dengan kaedah yang betul sebagai panduan umum kepada kita semua.
(Sumber panduan:buku panduan solat bengkel dakwah dan ibadat smkalim)
Wednesday, May 9, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment