Wednesday, May 9, 2018

Panduan Solat 1

Keutumaan solat

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang telah mewajibkan solat kepada hambanya dan menyuruh mereka melakukan dengan sebaik-baiknya, serta menjanjikan keselmatan dan keberuntungan bagi yang khusyuk dalam menjalankannya. Selain itu, solat juga menjadi pembeza yang jelas antara keimanan dan kekufuran serta menjadi pencegah perbuatan keji dan mungkar. Selawat dan salam semoga Allah limpahkan kepada nabi Muhammad saw, orang yang telah diperintahkan oleh Allah dengan firmannya: "Kami telah menurunkan kepadamu Adz-Dzikir untuk engkau jelaskan kepada manusia dengan terperinci apa yang kami turunkan kepada mereka" (Surah An-Nahl, ayat 44)

Di antara dalil yang menunjukkan keutamaan solat ini ialah berdasarkan beberapa hadia Nabi saw. Nabi sendiri telah menunjukkan contoh teladan kepada umatnya. Baginda amat menitikberatkan perkara solat sehingga sewaktu baginda sakit dan hampir wafat, baginda tetap menunaikannya. Mari kita lihat dan hayati hadis baginda yang berbunyi:

"Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mendirikannya, sesungguhnya dia telah mendirikan agama, barangsiapa yang meninggalkannya, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama"
-HR Bukhari dan Muslim

"Siapa yang meninggalkan solatnya dengan sengaja, maka sesungguhnya doa telah kafir dengan nyata"
-HR Bukhari dan Muslim


Berkesankan solat kita?

Persoalan inilah yang menjadi masalahnya, cuba kita tanya pada diri, adakah solat yang dilakukan selama ini dapat memelihara kita dari melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah dan sentiasa melakukan segala suruhannya. Kalau jawapan ya, alhamdulillah tetapi kalau todak, wajib bagi kita untuk kembali memuhasabah ibadah solat yang dilakukan.

Kita perlu meneliti semula, adakah solat kita bertetapan dengan solat yang dilakukan oleh Nabi kita Muhammad saw. Ini kerana solat yang dilakukan tidak mengikut solat yang dilakukan baginda, pastinya solat itu akan membawa kecelakaan pada diri. Kerana solat yang dilakukan itu lebih menjauhkan kita dari Allah swt. Mari kita perhatikan dan merenung sejenak pada firman Allah di dalam surah Al-Ma'un ayat 4-5, "Maka neraka 'Wail' bagi orang-orang yang bersembahnyang, iaitu orang yang lalai dalam sembahyang mereka.

Mengapakah Allah memasukkan orang-orang yang bersembahyang itu ke dalam neraka? Jawapannya sudah pastilah kerana solat yang dilakukan tidak mengikut sepertimana yang telah diajarkan oleh baginda saw, baik dari ruku'nya, khusyu'nya dan segala perkara yang bersangkutan dengan solat.


Tanda-tanda solat itu berkesan

Inilah perkara yang mesti ditekan dan diperhatikan selalu. Kita perlu sentiasa meneliti dan menilai sejauh mana keberkesanan solat yang dilakukan.

Seandainya solat itu berkesan, ia akan dapat mendidik dan melatih hati kita menjadi hamba dan insan yang baik walaupun kita berada di luar solat. Namun hakikatnya seluruh kehidupan kita sebenarnya di dalam keadaan bersolat. Diantara tanda-tanda solat kita berkesan ialah:

1. Kita akan merasa seronok melakukannya dan terasa kemanisan ibadah solat itu
2. Kita akan merasa takut untuk melakukan maksiat
3. Hati menjadi mudah untuk menunaikan segala suruhan yang difardhukan
4. Hati sentiasa merasakan bahawa segala perbuatan diperhatikan Allah
5. Hati yang khusyu' di dalam solat dapat menjadikan diri sentiasa berasa tenang
6. Solat yang berkesan akan menjadikan diri kita manusia yang baik hubungannya dengan Allah dan juga dengan manusia


Kelebihan mengerjakan solat

Setiap ibadah yang difardhukan, sudah pasti mempunyai kelebihan-kelebihannya tersendiri. Begitulah juga dengan ibadah solat yang dilakukan. Allah menjanjikan kelebihan-kelebihan yang banyak kepada seisapa yang mengerjakannya.

Antara kelebihan yang dijanjikan ialah:
1. Hatinya sentiasa tenang walaupun ketika menghadai ujian dari Allah
2. Umur dan hartanya berada di dalam keberkatan
3. Hidupnya sentiasa di dalam pemeliharaan Allah
4. Doanya akan mudah dimakbulkan Allah
5. Terpancar cahaya iman dari wajahnya
6. Sentiasa merasakan sifat kehambaan sekaligus menghilangkan sifat sombong dan takbur
7. Diermudahkan baginya ketika menghadapi sakaratul maut
8. Diluaskan kubrunya seluas mata memandang
9. Kuburnya akan enjadi salah satu di antara taman-taman syurga
10. Dibangkitkan dari kubur dalam keadaan mulia
11. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat kelak
12. Dipermudahkan baginya perhitungan amalannya
13. Dimasukkannya keadaan syurga

Lihatlah bagaimana hebatnya kelebihan yang dikurniakan Allah kepada hamba-hambanya yang megerjakan solat. Namun, mesti diperingatkan di sini bahawa hanya solat yamg benar-benar mengikut Rasulullah saw sahaja yang akan diterima Allah. Jadi marilah kita kembali kepada cara solat yang diajarkan oleh baginda. insya Allah.


Ancaman kepada orang yang meninggalkan solat

Disamping disediakan kelebihan yang banyak, Allah telah menjanjikan azab seksaan yang pedih kepada yang meningglkannya. Seksaan ini akan ditunjukkan oleh Allah ketika di dunia lagi.

Antara seksaan yang dijanjikan ialah:
1. Dicabut keberkatan dan pengaruh baik dalam hidupnya
2. Dihilangkan dari wajahnya cahaya keimanan dan amalnya tidak diangkat ke langit
3. Ketika menghadapi akaratul maut, mereka akan merasa dahga yang teramat sangat
4. Dicabut nyawanya oleh Malaikat dengan sekeras-kerasnya
5. Ketika di dalam kubur, bumi akan menghimpitnya sehingga bertemu tulang rusuknya
6. Didatangkan kepadanya seekor ular yang akan menyiksanya sehingga hari kiamat
7. Allah swt akan memerintahkan malaikat mungkar dan nakir menyeksanya sehingga hari kiamat
8. Dia akan dibangkitkan di hari kiamat dalam keadaan hina
9. Allah swt tidak akan memandangnya dengan pandangan rahmat
10. Akhirnya Allah akan mencampakkan mereka ke dalam nereka

Nauzzubillahiminzalik, lihatlah betapa kerasnya seksaan yang disediakan oleh Allah kepada manusia yang tidak mahu mengerjakan solat. Semoga Allah akan menjadikan kita hamba yang sentiasa mengerjakan solat. Disamping itu akan diberikan ilmu agar solat yang dilakukan mengikut seperti yang telah diajarkan oleh nabi kita saw, amin.


Bagaimana mendapatkan sembahyang yang sempurna?

Untuk mendapatkan solat yang sempurna, mesti diperingatkan kepada anda bahawa kita tidak mungkin dapat menjalankan solat dengan sebenar-benarnya atau mendekati yang sebenarnya bila kita tidak mengetahui cara-cara solat nabi secara terperinci, mengetahui hal-hal yang wajib, adab-adabnya, cara-caranya, doa dan zikirnya. Selanjutnya kita menerapkannya dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat.

Jika kita dapat melakukan seperti itu, kita boleh berharap solat kita akan berhasil mencegah diri kita dari kemungkaran dan perbuatan keji serta kita akan mendapatkan pahala dan ganjaran yang dijanjikan.

Jadi sekiranya anda bersungguh-sungguh ingin mengubah solat anda dan di dalam pencarian tentang solat baginda, hadirlah ke majlis-majlis ilmu yang ada menganjurkan program-program fardhu ain walau jauh perjalanan yang akan anda tempuhi. Yakinlah bahawa setiap langkah anda ke arah jalan Allah, akan diperhitungkan kemudian hari dengan nikmat yang tidak terhingga.

0 comments:

Post a Comment