Friday, June 29, 2018

Eid-Mubarak 2018 (Balik Kpg)


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ikhlas daripada dyg dan keluarga


Morni Amin's Family (uncomplete)



Tbh, its been so long tak balik kampung, beraya dengan family sebelah mama. Alhamdulillah tahun ni balik kampung, beraya dengan family sebelah mama (Morni Amin's Family)

Yah, dulu semua still biak (budak-budak) lagi. Sekarang, semua dah bujang, berbini laki. Purata cucu perempuan/lelaki dapat tengok? Hahahaha thats why, kalau balik je, memang berkepit dua anak dara HAHAHAHA. Dari kecik lagi berkepit kalau jumpa




BF since baby 💕




Nenek 💕








Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semua!


(tbh dyg have no idea nak type apa haha. nak tb semua gambar hm takpelah okbye assalamualaikum semua! raya kan sebulan)

Wednesday, May 9, 2018

Panduan Solat 2

Syarat dan rukun sembahyang

Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat iu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:

1. Orang Islam
2. Menghadap arah kiblat
3. Suci dari haidh, nifas / junub
4. Akil baligh
5. Berakal
6. Melihat atau mendengar
7. Jaga (tidak tidur)
8. Sudah masuk waktu sembahyang


Syarat sah sembahyang

Antaranya:

1. Sudah masuk waktu sembahyang\
2. Menghadap ke arah kiblat
3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya)
4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis
5. Menutup aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.


Rukun sembahyang

Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang:

1. Berdiri betul, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring
2. Niat, dilafazkan sewaktu mengangkat yakbiratul ihram
3. Takbiratul ihram, mengucapkan perkataan Allahu akbar
4. Membaca surah Al-Fatihah, bermula dengan bacaan Bismillah.. hinggalah waladhallin
5. Rukuk dengan thumanikninah, membongkok 90 darjah
6. Iktidal dengan thumakninah, berdiri betul selepas rukuk
7. Sujud dua kali dengan thumakninah, membingkik duduk sebentar selepas sujud yang pertama
8. Duduk antara dua sujud dengan thumakninah, duduk sebentar selepas sujud yang pertama
9. Duduk bagi tahiyyat akhir
10. Membaca tahiyyat akhir
11. Membaca selawat, membaca selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw
12. Memberi salam, memalingkan muka ke arah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam
13. Tertib, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat

(*Thukmaninah- berhenti seketika dalam waktu lebih lama)


Perkara yang membatalkan sembahyang

Ertinya tidak sah sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:

1. Batal wuduk
2. Terbuka aurat
3. Melangkah, tiga langkah berturut-turut
4. Terdapat najis di badan, pakaian aau tempat sembahyang
5. Tertawa terbahak-bahak
6. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja
7. Berubah niat
8. Mendahului imam sampai dua rukun
9. Meninggalkan rukun sembahyang


#

Cara sembahyang yang betul adalah penting bagi memastikan ibadah solat kita diterima oleh Allah. Oleh yang demikian, kami menyediakan panduan ringkas tentang cara-cara mengerjakan solat dengan kaedah yang betul sebagai panduan umum kepada kita semua.

(Sumber panduan:buku panduan solat bengkel dakwah dan ibadat smkalim)

Panduan Solat 1

Keutumaan solat

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang telah mewajibkan solat kepada hambanya dan menyuruh mereka melakukan dengan sebaik-baiknya, serta menjanjikan keselmatan dan keberuntungan bagi yang khusyuk dalam menjalankannya. Selain itu, solat juga menjadi pembeza yang jelas antara keimanan dan kekufuran serta menjadi pencegah perbuatan keji dan mungkar. Selawat dan salam semoga Allah limpahkan kepada nabi Muhammad saw, orang yang telah diperintahkan oleh Allah dengan firmannya: "Kami telah menurunkan kepadamu Adz-Dzikir untuk engkau jelaskan kepada manusia dengan terperinci apa yang kami turunkan kepada mereka" (Surah An-Nahl, ayat 44)

Di antara dalil yang menunjukkan keutamaan solat ini ialah berdasarkan beberapa hadia Nabi saw. Nabi sendiri telah menunjukkan contoh teladan kepada umatnya. Baginda amat menitikberatkan perkara solat sehingga sewaktu baginda sakit dan hampir wafat, baginda tetap menunaikannya. Mari kita lihat dan hayati hadis baginda yang berbunyi:

"Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mendirikannya, sesungguhnya dia telah mendirikan agama, barangsiapa yang meninggalkannya, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama"
-HR Bukhari dan Muslim

"Siapa yang meninggalkan solatnya dengan sengaja, maka sesungguhnya doa telah kafir dengan nyata"
-HR Bukhari dan Muslim


Berkesankan solat kita?

Persoalan inilah yang menjadi masalahnya, cuba kita tanya pada diri, adakah solat yang dilakukan selama ini dapat memelihara kita dari melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah dan sentiasa melakukan segala suruhannya. Kalau jawapan ya, alhamdulillah tetapi kalau todak, wajib bagi kita untuk kembali memuhasabah ibadah solat yang dilakukan.

Kita perlu meneliti semula, adakah solat kita bertetapan dengan solat yang dilakukan oleh Nabi kita Muhammad saw. Ini kerana solat yang dilakukan tidak mengikut solat yang dilakukan baginda, pastinya solat itu akan membawa kecelakaan pada diri. Kerana solat yang dilakukan itu lebih menjauhkan kita dari Allah swt. Mari kita perhatikan dan merenung sejenak pada firman Allah di dalam surah Al-Ma'un ayat 4-5, "Maka neraka 'Wail' bagi orang-orang yang bersembahnyang, iaitu orang yang lalai dalam sembahyang mereka.

Mengapakah Allah memasukkan orang-orang yang bersembahyang itu ke dalam neraka? Jawapannya sudah pastilah kerana solat yang dilakukan tidak mengikut sepertimana yang telah diajarkan oleh baginda saw, baik dari ruku'nya, khusyu'nya dan segala perkara yang bersangkutan dengan solat.


Tanda-tanda solat itu berkesan

Inilah perkara yang mesti ditekan dan diperhatikan selalu. Kita perlu sentiasa meneliti dan menilai sejauh mana keberkesanan solat yang dilakukan.

Seandainya solat itu berkesan, ia akan dapat mendidik dan melatih hati kita menjadi hamba dan insan yang baik walaupun kita berada di luar solat. Namun hakikatnya seluruh kehidupan kita sebenarnya di dalam keadaan bersolat. Diantara tanda-tanda solat kita berkesan ialah:

1. Kita akan merasa seronok melakukannya dan terasa kemanisan ibadah solat itu
2. Kita akan merasa takut untuk melakukan maksiat
3. Hati menjadi mudah untuk menunaikan segala suruhan yang difardhukan
4. Hati sentiasa merasakan bahawa segala perbuatan diperhatikan Allah
5. Hati yang khusyu' di dalam solat dapat menjadikan diri sentiasa berasa tenang
6. Solat yang berkesan akan menjadikan diri kita manusia yang baik hubungannya dengan Allah dan juga dengan manusia


Kelebihan mengerjakan solat

Setiap ibadah yang difardhukan, sudah pasti mempunyai kelebihan-kelebihannya tersendiri. Begitulah juga dengan ibadah solat yang dilakukan. Allah menjanjikan kelebihan-kelebihan yang banyak kepada seisapa yang mengerjakannya.

Antara kelebihan yang dijanjikan ialah:
1. Hatinya sentiasa tenang walaupun ketika menghadai ujian dari Allah
2. Umur dan hartanya berada di dalam keberkatan
3. Hidupnya sentiasa di dalam pemeliharaan Allah
4. Doanya akan mudah dimakbulkan Allah
5. Terpancar cahaya iman dari wajahnya
6. Sentiasa merasakan sifat kehambaan sekaligus menghilangkan sifat sombong dan takbur
7. Diermudahkan baginya ketika menghadapi sakaratul maut
8. Diluaskan kubrunya seluas mata memandang
9. Kuburnya akan enjadi salah satu di antara taman-taman syurga
10. Dibangkitkan dari kubur dalam keadaan mulia
11. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat kelak
12. Dipermudahkan baginya perhitungan amalannya
13. Dimasukkannya keadaan syurga

Lihatlah bagaimana hebatnya kelebihan yang dikurniakan Allah kepada hamba-hambanya yang megerjakan solat. Namun, mesti diperingatkan di sini bahawa hanya solat yamg benar-benar mengikut Rasulullah saw sahaja yang akan diterima Allah. Jadi marilah kita kembali kepada cara solat yang diajarkan oleh baginda. insya Allah.


Ancaman kepada orang yang meninggalkan solat

Disamping disediakan kelebihan yang banyak, Allah telah menjanjikan azab seksaan yang pedih kepada yang meningglkannya. Seksaan ini akan ditunjukkan oleh Allah ketika di dunia lagi.

Antara seksaan yang dijanjikan ialah:
1. Dicabut keberkatan dan pengaruh baik dalam hidupnya
2. Dihilangkan dari wajahnya cahaya keimanan dan amalnya tidak diangkat ke langit
3. Ketika menghadapi akaratul maut, mereka akan merasa dahga yang teramat sangat
4. Dicabut nyawanya oleh Malaikat dengan sekeras-kerasnya
5. Ketika di dalam kubur, bumi akan menghimpitnya sehingga bertemu tulang rusuknya
6. Didatangkan kepadanya seekor ular yang akan menyiksanya sehingga hari kiamat
7. Allah swt akan memerintahkan malaikat mungkar dan nakir menyeksanya sehingga hari kiamat
8. Dia akan dibangkitkan di hari kiamat dalam keadaan hina
9. Allah swt tidak akan memandangnya dengan pandangan rahmat
10. Akhirnya Allah akan mencampakkan mereka ke dalam nereka

Nauzzubillahiminzalik, lihatlah betapa kerasnya seksaan yang disediakan oleh Allah kepada manusia yang tidak mahu mengerjakan solat. Semoga Allah akan menjadikan kita hamba yang sentiasa mengerjakan solat. Disamping itu akan diberikan ilmu agar solat yang dilakukan mengikut seperti yang telah diajarkan oleh nabi kita saw, amin.


Bagaimana mendapatkan sembahyang yang sempurna?

Untuk mendapatkan solat yang sempurna, mesti diperingatkan kepada anda bahawa kita tidak mungkin dapat menjalankan solat dengan sebenar-benarnya atau mendekati yang sebenarnya bila kita tidak mengetahui cara-cara solat nabi secara terperinci, mengetahui hal-hal yang wajib, adab-adabnya, cara-caranya, doa dan zikirnya. Selanjutnya kita menerapkannya dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat.

Jika kita dapat melakukan seperti itu, kita boleh berharap solat kita akan berhasil mencegah diri kita dari kemungkaran dan perbuatan keji serta kita akan mendapatkan pahala dan ganjaran yang dijanjikan.

Jadi sekiranya anda bersungguh-sungguh ingin mengubah solat anda dan di dalam pencarian tentang solat baginda, hadirlah ke majlis-majlis ilmu yang ada menganjurkan program-program fardhu ain walau jauh perjalanan yang akan anda tempuhi. Yakinlah bahawa setiap langkah anda ke arah jalan Allah, akan diperhitungkan kemudian hari dengan nikmat yang tidak terhingga.

Tuesday, May 8, 2018

Panduan Solat (Wuduk)

Wuduk

- Wuduk ialah membasuh bahagian anggota tubuh yang tertentu dengan maksud untuk beribadat kepada Allah swt


Syarat-syarat wuduk ada 5 perkara

1. Beragama islam
2. Mumaiyiz (boleh membezakan antara perbuatan baik dan buruk)
3. Suci dari hadas besar
4.Tiada sesuatu yang menghalangi air daripada sampai kepada bahagian-bahagian wuduk yang diwajibkan
5. Menggunakan air yang suci


Rukun wuduk ada 6 perkara

1. Niat
2. Membasuh muka
3. Membasuh kedua belah tangan hingga ke siku
4. Membasuh bahagian kepala
5. Membasuh kaki sebahagian kaki hingga ke buku lali
6. Tertib


Perkara-perkara sunat ketika berwuduk

1. Membaca bismillah
2. Membasuh kedua belah tangan sebelum mengambil wuduk
3. Membasuh celah-celah anak jari
4. Memasukkan air ke dalam hidung sebanyak tiga kali
5. Menggosok gigi
6. Berkumur-kumur sebanyak tiga kali
7. Mendahulukan membasuh bahagian sebelah kanan
8. Menggerakkan cincin di jari (jika ada)
9. Membasuh anggota-anggota wuduk sebanyak tiga kali
10. Menyapu seluruh kepala
11. Menyapu ke dua belah cuping telinga (luar dan dalam)
12. Menguruti janggut (jika ada)
13. Menggosok-gosok sudut mata untuk membuang kotorannya (tahi) (jika ada)
14. Melebihkan had basuh anggota agar yakin sempurna wuduk
15. Menggosok-gosok anggota wuduk agar air rata
16. Diamkan diri ketika mengambil wuduk
17. Membasuh anggota wuduk dengan berterusan
18. Tidak meminta pertolongan orang lain untuk mengambil wuduk kecuali terpaksa
19. Tidak mengesat air wuduk
20. Membaca doa wuduk


Antara perkara yang membatalkan wuduk

- Jika perkara ini berlaku maka wuduknya batal dan perlu memperbaharuinya semula. Perkara yang membatalkan wuduk ialah:
1. Keluar sesuatu dari dua jalan kemaluan dengan sengaja atau tidak sengaja
2. Memegang atau menyentuh kemaluan depan atau belakang dengan tapak tangan tanpa berlapik
3. Bersentuh kulit dengan sengaja atau tidak dengan bukan mahram
4. Tertidur dalam keadaan kedudukan tidak tetap punggung
5. Terdapat sesuatu bahan yang menghalang air wuduk sampai kepada kulit seperti cat, minyak dan sebagainya.


Saturday, April 7, 2018

Pengalaman IV dan Ujian MEdSI

Assalamualaikum wbt and hi semua :)


Harini dyg nak share sikit mengenai iv dan ujian MEdSI berdasarkan pengalaman dyg. Pengalaman dyg sepanjang hidup dyg mengenai iv pehh hahahaha takleh bawak bincang hahaha apa benda merepek sgt. Ok straight to the point, tak semua orang kenal dyg and tak semua faham perangai dyg ni macam mana. Kawan kawan dyg especially my classmate (mawar berduri) memang tahu kalau buat presentation memang kecut habis, pemalu namatey org kata hahaha tapi kalau bab lain kemain lg semacam jenis. Nak kata tengah buat presentation pun dah kecut, apatah lagi iv right? *tutup muka hahahaha

Pengalaman interview dyg, dah dua kali. The first one masa iv untuk kemasukan ijazah pendidikan (UA) and the second is iv untuk jadi guru kafa. Jangan tanya lulus ke tak hahaha

Untuk iv pertama, alhamdulillah iv in group tapi still takut jugak sebab time tu first time iv sepanjang hidup. Excited ada, takut ada semua lah hahaha. Dyg nak cerita from a to y je lah ye. Untuk peringkat kemasukan ijazah pendidikan, kena buat iv untuk lulus masuk. So peringkat kemasukan ijazah pendidikan terbahagi kpd dua iaitu ujian MEdSI and temuduga for thoose yg terpilih lah.

Untuk classmate dyg, yg lulus/dpt/terpilih utk ambik ujian MEdSI seramai 5 orang tak silap lah. Tempat kitorang ambik ujian MEdSI kat uitm samarahan kampus 2. Tapi kitorang punya time and date berlainan kecuali dyg dengan murni, kitorang dpt date sama tp masa yg berlainan, murni dpt pagi, dyg sebelah petang. Kawan sorang lagi, nadzirah pada esok hari, so kitorang tiga bersama. Tinggal tempat sama, hari flight datang balik pun sama. Nasib baik ada teman kalau tak 😭 Its my first time naik flight and urus semua tanpa adanya abah mama dyg. And on ujian lisan tu pada bulan ramadhan. Pengalaman ah jugak dlm flight duduk tengah dua belah kiri kanan lelaki yarabi kecut habis. Dah lah yg sebelah kiri ni non muslim, and yah sabar je aku hidu makanan dia hahaha

Apa yang perlu kita sediakan before ambik ujian MEdSI?;

1. Kad pengenalan
2. Borang Kelulusan
3. Alat tulis

Interview pula; 

1. Kad pengenalan
2. Sijil sijil
3. Borang Kelulusan
4. Buku nota kecil dan alat tulis (untuk prepare)

Untuk pakaian mestilah pakaian yg kemas right

*Sila baca pada borang yg diberi nanti kot kot ada perubahan*

 And paling penting, solat hajat and doa yg baik baik hehehe insha Allah, Allah mudahkan

Untuk ujian MEdSI, dyg tak takut sgt cuma gementar aja ya hahaha sebab cuma ujian right (guna komputer je) senang klik klik dah siap hahahaha. Dalam satu bilik, sekurang-kurangnya, dua puluh orang yg masuk. So, kalau nak habis awal, nak balik awal, kena datang awal lah utk ambik turn sebab bukan berpuluh orang yg dapat taw beratus orang k *pening hahaha

So bila dyg masuk bilik utk ambik ujian MEdSI, dyg dok belakang sekali and hujung belah kiri dekat dgn pintu keluar hehe. Ujian MEdSI ni macam mana? Antara soalan dia mostly berkait kait tapi memeningkan, so kena fokus, fahami dan bukak mata sebesar yg mungkin hehe

Format ujian MEdSI; 
- Mengandungi 300 soalan
- Masa jawab 1 jam
- 4 bahagian : i. Personaliti
                       ii. Minat kerjaya
                       iii. Nilai intergriti
                       iv. Kecerdasan emosi

Tips lulus temu duga;
Yakin dan berani bercakap (this one is important) tapi dalam berani yakin semua tu kena jaga jugak apa yg kita jawab nanti, kot kot melencong (berdasarkan pengalaman dyg) haha

Ok, next pasal iv pulak. Mostly orang kata, ujian MEdSI ni senang je klik klik dah tapi kalau dah dok ujian tu, bukan senang taw. Alhamdulillah, dyg lulus utk peringkat seterusnya iaitu iv lah. Yg ni kecut hahaha. Kalau bab iv or presentation or persembahan sekalipun mmg kecut habis but i try my best on that day sebab ya dyg memang nak sgt and its salah satu impian dyg utk sambung study. Satu lagi sbb duit dah banyak keluarkan right nak bayar itu ini bukan murah sekarang. So i do my best utk iv tersebut but yah not my rezeki dpt sambung ijazah pendidikan, redha je lah. Husnudzon maybe rezeki di tempat lain (doa yg baik baik) :')

Situasi/ soalan iv? Untuk iv ni, dibahagi ikut subjek yg lulus. Contoh, dyg dpt ijazah pendidikan bahasa melayu. So utk subjek tu, kitorang iv kat sana. Subjek tu pulak, kat sini gitew. Tapi iv in group, sekali masuk tu pensyarah akan panggil 3 orang dalam satu masa. Alhamdulillah dyg dpt masuk dgn perempuan and takde lelaki. Janggal kot kalau dlm group ada lelaki he he he (x biasa). Tapi untuk penemu duga kami, semua lelaki lah. Soalan yg ditanya, ikut soalan penemu duga sendiri. Based on laman sosial, mostly ada yg kata penemu duga akan tanya mengenai biodata/diri sendiri dahulu. Nama, asal dll. Tapi untuk penemu duga dyg ni, dia tak tanya pun pasal tu. Kecut habis sbb yah dyg prepare siap tulis bio diri dyg dalam buku nota hahaha. Mula mula, dia akan tanya dalam ckp bahasa melayu and lepastu dia tanya dalam bahasa english pulak. Lawak gak lah siap dia tanya kat dyg,'what is your favourite drama'. So dyg bagitahulah 'my fav drama is ....'. dyg cerita ah kat pensyarah tu kenapa kenapa hahaha malu pulak aku* And you know what, kami tiga orang tu, dyg tak ingat ah nama diorang but i thought dorang orang sana (area kuching) rasanya. Tak sempat berkenalan, tak sempat selfie pun just kata "goodluck" je. Lepas habis je iv, dyg lari dgn happynya cari abah mama and my little brother huhhhh and siap tanya apa soalan diberi, apa dyg jawab lah huh rasa kecut tu tetiba pulak dtg hahaha

Kot kot yg geng iv dyg ada baca pasal ni, boleh tak dm kat intagram or facebook? Tetiba rindu hehe

Next, iv utk guru kafa pulak. Honestly lah eh, dyg tak terfikir pun nak jadi guru kafa but my parents told me to try je kot kot menyangkut so i try je lah. Satu minggu sebelum iv tu, mmg study balik ah bab2 penting lagi lagi hukum tajwid. Dah lah er tak nak cakap hahaha mmg study balik lah semua

Untuk iv ni pulak, sama jugak dgn iv utk kemasukan ijazah pendidikan. Mula mula kena ambik ujian lisan, lepastu iv pulak. Utk ujian lisan, banyak gak ah pecahan termasuk soalan bahasa arab. Diorang akan campur sekali dlm satu paper tu. Dyg tak ingat berapa pecahan, but korang boleh search kat google antara contoh soalan yg biasa keluar. Similar like that. Yang confirm keluar, mmg bab hukum tajwid. Haaa hehe. Lepas dah habis ujian lisan, baru iv sorang sorang. Untuk iv ni mmg kecut ah hahahaha but alhamdulillah dpt penemu duga yg perempuan syukur sgt tapi..... nvm. Hahaha so antara soalan dia, dia akan suruh pilih no soalan berapa. Then dia akan tanya lah satu2 based on soalan yg dipilih. Sama je bentuk dgn soalan dlm ujian lisan cuma lain sikit.

Mula mula, dia akan suruh baca surah dlm paper tu (dia akan check dari segi bacaan lah). Lepastu ada soalan maksud perkataan tu (arab-melayu), dalam soalan dia akan suruh baca surah, contoh "Baca surah an-nasr dari ayat 1 hingga 3" so, kita bacalah. Untuk soalan baca surah tu, dia akan tanya sekurang-kurangnya dua/tiga surah pendek. And the rest is bab hukum tajwid lah seingat dyg. Hehehe so, lulus ke tak? Errrrrrr tak jugak hehe bukan rezeki. Lagipun ramai sgt saingan, kekosongan berapa je kat daerah dyg.


K tu je kot nak kongsi




Masjid UITM Samarahan


Sejenis yang always happyful hehe


Library UITM Samarahan


Terawih @Kpg Bintawa



Hari seterusnya, nadzirah punya turn pulak. So kami berdua dok swafoto je kahkah tak sabar nak jejalan and iftar kat luar


Tetiba terliur 😭


Always fav


Menyempat sebab takde hala tuju so singgah sat waterfront


Miauuuu haha (balik lewat malam)






Malam last kat sini. Tq family ipar nadzirah sebab sudi tumpangkan kami tetiba rindok ngan nenek


Last picture kat dlm flight before bertolak balik kkia. Hanya Allah yg tahu that feel :')




Baiklah, sampai sini perkongsian dyg ya! Sebarang soalan boleh komen kat bawah. Tq :)



Saturday, March 10, 2018

Istikharah


Assalamualaikum 💕


Hai semua, this is act my new blog account ya gais hehe. The reason i buat new account is i dont know why tetiba rasa nak berbloging balik haha pulak dah. Dulu masa umur berapa eh haha i cant remember tahun bila i berbloging em mana tak nya dulu i dok asrama kan dua minggu sekali balik. Kadang tiga minggu baru balik kpg. Ha maybe salah satu reason i deactive kot hahaha. Dah menganggur sekarang ni, feel like kosonggggggggggggg, tetiba rasa nak berbloging balik hm rasa sunyi sebab takde kawan borak macam zaman pra u dulu subuh ke malam mulut tak pandai diam. Ada je benda nak dicakap, nak digosipkan haha allahuakbar rindunya zaman sekolah, ha dulu bukan main excited nak habis sekolah. K rindunya my mawar 😭



🌹 Mawar Berduri 🌹


Thoose are my mawar berduri (classmate). Banyak banyak gambar kitorang, yang ni paling perfect and complete sepuluh mawar ceh. Hihi insha Allah next post i nak throwback sikit kihkih *ngade


K , back to the topik sebenar its abt 'istikharah'. Semalam, i whatsapp two of my friends (mawar) and ask them to give me some advice about is it better for me to continue my study? And i was like tetiba rasa excited nak sambung study tu. Act sebelum ni memang nak continue but yah banyak halangan dan dugaan lastly rasa give up and feel like yah tunggu panggilan kerja jelah. Ha nak cakap sikit pasal kerja ni, memang susah nak dpt zaman sekarang ni taw. Ni nak advice utk junior junior, like cikgu cikgu, parents kata, memang susah nak dpt kerja zaman sekarang. Sedangkan student yg lepas universiti ni pun susah nak dapat, apalagi kalau dengan sijil spm/stpm. Tak katalah, i tak percaya dengan rezeki masing masing. Yes i do believe it, ianya adalah rezeki masing masing. Ya for thoose yang dapat tu, alhamdulillah rezeki korang. Cuma kalau dah setahun lebih tu still menganggur org cakap, better continue je study. Lagi lagi for thoose yang masih berminat nak continue study tu. I cakap ni sbb its from my situation lah and utk kebaikan masa depan semua. Selagi mana rasa nak study tu, study lah. Tuntut lah ilmu tu selagi mampu, selagi boleh insha Allah dgn niat yang baik, Allah bantu, Allah mudahkan. Jangan pernah putus asa huk huk

So bila i fikir balik, feel like better i continue my study right hm and i try to apply (dotdotdot) insha Allah doakan yg terbaik untuk i dan kawan kawan i hee


Next its abt solat istikharah. My mawar ask me to do solat istikharah, manalah tahu Allah bagi petunjuk kan. Honestly, i jarang solat istikharah ni sebenarnya hehe yelah kan em and the story is, semalam i do solat istikharah bcs of ya fikiran ni celaru sangat. Adakah lebih baik i buat tu or ni? Bercampur baur perasaan semalam, rasa sedih, sebak kecewa dgn diri sendiri. So lepas je i solat semalam, i feel like kosong tak tahu kenapa. I ask myself, i ask Allah "are this is the answer?" Tak tahan rasa sebak tu, finally i nangis and mengadu why this why this......


Stop je i nangis, i lipat lah sejadah and telekung terus baring capai fon, bukak group whatsapp mawar then i sent voice sana "gais.. i rindu" i nangis balik hahaha i cant control semalam sampai diorang pun sent emoji nangis. Teringat masa kitorang nangis ramai ramai sbb .... ha tak nak citerr hahaha
So gais, doakan semoga urusan i dipermudahkan. Semoga Allah bagi petunjuk and jalan yg terbaik. For my mawar, bittaufiq wannajah insha Allah.

Last from me, terima kasih my mawar selalu ada tika susah senang since kita lower six till sekarang. Terima kasih sudi bagi advice upkan lagi semangat nak sambung study heeeee loveyall! Tak lupa jugak terima kasih abah mama always support kakak. Terima kasih cikgu cikgu. Terima kasih semua. Insha Allah, doa yang baik baik k.


Saturday, November 4, 2017